Sunday, August 7, 2011

Mampu atau tidak?

perjalanan demi perjalanan terus dilalui walaupun banyak pancaroba. setiap detik yg tak ingin berlaku pasti berlaku. mungkin dia mahu menguji ketabahan aku hamba nya yg x pernah lari drp perbuatan dosa meskipun sekecil zarah hendaknya. nafsu terhadap segalanya terkunci saat tiba di bulam penuh barakah ini. tetapi sejauh mnakah terkuncinya nafsu-nafsu itu??? ini yang menjadi tanda tanya... mampu atau tidak mampu untuk mengunci sesuatu  harus ditanyakan kepada hati, minda, pancaindera. mampu untuk terus terkunci atau sekadar mangga yg tidak berkunci. suatu pg mungkin tidak seperti biasa, api menyala gara kurang berehat. biasalah di bulan puasa banyak dugaan. air tidak mencurah dengan secukupnya keats anggota pinjamannya gara-gara kurangnya masa lena, sahur tidak diambil. itu dugaan pertama dan kedua seterusnya tiga hingga ditimpa perbalahan. tidak suka dgn cara, tidak kena dengan gaya. ucapan maaf nmpknya sia-sia shj.  ditunggu saat hilangnya curiga dan padam apinya tapi gagal lagi memadamnya. kecantikan mata dijeling, muka dipaling badan menolak dan ketika itu?? kepala digeling kerana masih sama.gelisah hati disalut kesedihan mungkin atau memangsilap sendiri haruslah tanggung sendiri. tatkala itu, perilaku diperhatikan sehingga dipanggil mengadap walaupun sedaya ditolak namun pasrah sahaja pergilah berjumpa. diaju dengan soalan luar biasa dan mengenai aku dan hidupku. pelbgai gaya, cara, teknik yang membuatkan terbongkar penyebab kegelisahan dan kesedihan itu. tidak menyedari, satu detik yang menakutkan gara-gara tersilap langkah kerana membongkarkan api itu, prasangka terus meninggi sehingga dianggap asing, pelik dan tidak dijangka. mungkin silap sendiri tetapi jangan menghukum, ujian bagi semua bukan seorang sahaja. satu persatu kejadian berlaku dan kembali menunding jari kearah itu. prasangka itu mungkin berjangkit. tidak ketahuan tiba-tiba berlaku. kesalahan bertaut pada bahu digalas dengan tanpa rela tetapi tetap dikatakan kesalahan sendiri. ujian buat diri semakin hiba. mampu atau tidak berpijak dengan kaki sendiri tanpa bantuan? mampu atau tidak mengharungi tanpa tangan ketiga, mampu atau tidak berkongsi dengan lebih daripada satu hati?? semua terserah. pasrah dan redhakan diri dengan dugaan, mungkin tidak nampak ap yang dirasa tapi perlu mengerti bukan semuanya indah. harap luka sembuh bersama kejernihan air yang dulu keruh. mampu bersabar walaupun tidak mampu sebenarnya. menadah tangan kepada NYA untuk mengharungi hari mendatang, menyayangi diri dan orang lain dan terus berjuang. kembalikanlah ya Allah seperti dulu, bulan yang dirindu. agar tiada lagi mampu atau tidak dalam benak ini.

1 comment:

  1. segala yg berlaku penuh hikmah buat kte~~
    nikma mahupn dugaan sudah pasti bersebab,,,
    Allah tk pernah jdikan sesuatu sia2.. Ali-Imran 191~~

    ReplyDelete

mari terjah??