Monday, August 8, 2011

persahabatan?? SAHABAT, teman yang baik.. itukah kamu??

dalam melayan perasaan, aku menjumpai satu penulisan ttg sahabat yang sgt puitis dan menyentuh hati.. aku terkenagkan pasal maslaah dan dugaan yang menimpa ku.. aku menjumpai penulisan ini dalam blog seperti tertera dibawah nie.! hayati, fahami dan adakah kita sahabat yang baik? 
http://saya.budak24.com/?p=105

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, 
kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA….. :)

Sunday, August 7, 2011

hari nie, kerinduan masih tetancap pada bulan itu, menghidu wangi haruman bersama pagi yg cukup menyegarkan. dia masih sama spt itu spt hari sblm pertelingkahan kecil yg menjadi bsar.. api2 padam r dikau dalam ati ckup2 r tuh. ak ingin spt dlu. ak bkn org asing, bkn jga pelik. layanan pun spt mahu x mahu. ak tahu masih ad api dlm hati tu.. puas x kn pernah ckup krn itu nafsu.. ak masih menunggu ucapan "ak maafkn kau" yg klua dr bibir ikhlas mengucapkannya. doa sentiasa bersamamu sahabatku,temanku.

Mampu atau tidak?

perjalanan demi perjalanan terus dilalui walaupun banyak pancaroba. setiap detik yg tak ingin berlaku pasti berlaku. mungkin dia mahu menguji ketabahan aku hamba nya yg x pernah lari drp perbuatan dosa meskipun sekecil zarah hendaknya. nafsu terhadap segalanya terkunci saat tiba di bulam penuh barakah ini. tetapi sejauh mnakah terkuncinya nafsu-nafsu itu??? ini yang menjadi tanda tanya... mampu atau tidak mampu untuk mengunci sesuatu  harus ditanyakan kepada hati, minda, pancaindera. mampu untuk terus terkunci atau sekadar mangga yg tidak berkunci. suatu pg mungkin tidak seperti biasa, api menyala gara kurang berehat. biasalah di bulan puasa banyak dugaan. air tidak mencurah dengan secukupnya keats anggota pinjamannya gara-gara kurangnya masa lena, sahur tidak diambil. itu dugaan pertama dan kedua seterusnya tiga hingga ditimpa perbalahan. tidak suka dgn cara, tidak kena dengan gaya. ucapan maaf nmpknya sia-sia shj.  ditunggu saat hilangnya curiga dan padam apinya tapi gagal lagi memadamnya. kecantikan mata dijeling, muka dipaling badan menolak dan ketika itu?? kepala digeling kerana masih sama.gelisah hati disalut kesedihan mungkin atau memangsilap sendiri haruslah tanggung sendiri. tatkala itu, perilaku diperhatikan sehingga dipanggil mengadap walaupun sedaya ditolak namun pasrah sahaja pergilah berjumpa. diaju dengan soalan luar biasa dan mengenai aku dan hidupku. pelbgai gaya, cara, teknik yang membuatkan terbongkar penyebab kegelisahan dan kesedihan itu. tidak menyedari, satu detik yang menakutkan gara-gara tersilap langkah kerana membongkarkan api itu, prasangka terus meninggi sehingga dianggap asing, pelik dan tidak dijangka. mungkin silap sendiri tetapi jangan menghukum, ujian bagi semua bukan seorang sahaja. satu persatu kejadian berlaku dan kembali menunding jari kearah itu. prasangka itu mungkin berjangkit. tidak ketahuan tiba-tiba berlaku. kesalahan bertaut pada bahu digalas dengan tanpa rela tetapi tetap dikatakan kesalahan sendiri. ujian buat diri semakin hiba. mampu atau tidak berpijak dengan kaki sendiri tanpa bantuan? mampu atau tidak mengharungi tanpa tangan ketiga, mampu atau tidak berkongsi dengan lebih daripada satu hati?? semua terserah. pasrah dan redhakan diri dengan dugaan, mungkin tidak nampak ap yang dirasa tapi perlu mengerti bukan semuanya indah. harap luka sembuh bersama kejernihan air yang dulu keruh. mampu bersabar walaupun tidak mampu sebenarnya. menadah tangan kepada NYA untuk mengharungi hari mendatang, menyayangi diri dan orang lain dan terus berjuang. kembalikanlah ya Allah seperti dulu, bulan yang dirindu. agar tiada lagi mampu atau tidak dalam benak ini.